Assalamualaikum buat semua teman-teman...
 

Alhamdulillah, saya telah berjaya menyediakan 'home page' khas saya buat teman-teman. Home page ini berada di alamat " www.members.tripod.com/muzakarah ". Kehadiran home page ini dijangka akan memudahkan kalian untuk membaca artikel-artikel dan tulisan-tulisan yang sebelum ini saya ada mengirimnya melalui emel terus kepada beberapa orang teman kita yang berada di Malaysia atau di Indonesia. Kali ini saya akan meletakkan semua artikel dan tulisan saya itu di halaman ini. Insyaallah, saya akan cuba menyediakan artikel dan tulisan ini dalam bentuk yang lebih tersusun. Apa yang penting bagi saya, hompe page ini dapat memberi 'nasihat' dan 'peringatan' buat saya dan semua teman-teman. Seandainya kalian tidak keberatan dan berpeluang dengan masa yang panjang, maka silalah ziarahi dan lawati laman(home page) ini.
 

Sehingga ke saat dan tika ini, saya adalah insan yang lemah dan kurang dari segi ilmu dan pengalaman. Perlu kepada cadangan, pendapat, nasihat dan kritikan membina. Artikel-artikel serta tulisan-tulisan yang berada di 'muzakarah' ini tidak dapat lari dari kesilapan dan kekurangan. Seandainya kalian menjumpai kekurangan atau kesilapan yang dirasakan perlu atau mesti dibaiki, maka terus lah menghubungi saya di alamat ini iaitu 'yuslis75@hotmail.com' atau di alamat 'yus111@yahoo.com'. Buat masa sekarang, saya ingin memasukkan semua artikel dan tulisan saya ke dalam 'muzakarah' ini. Jika ada masa dan keadaan yang mengizinkan pada masa akan datang, insya allah saya akan masuk kan perkara-perkara lain di dalam 'muzakarah'. Cukup lah dahulu pada masa yang sempit ini saya hanya menyediakan buat kalian artikel-artikel dan tulisan-tulisan sahaja. Saya harap semua artikel dan tulisan yang disajikan ini akan menarik minat kalian untuk terus menziarahi dan melawati 'muzakarah'.

Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih buat saudara Kamarul Nizam Mustafa kerana telah banyak membantu menyiapkan dan menyediakan 'home page' ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih buat teman-teman semua yang telah banyak memberi pendapat dan sokongan serta cadangan yang membina buat saya.

Akhir kata, saya berharap kehadiran 'muzakarah' ini akan memberi faedah dan maanfaat buat kita semua untuk kejayaan di dunia dan akhirat.
 

Salam ukhuwah dari saya: Noryusry Bin Mansor, Universiti Al al-Bayt, Jordan.