MENJAGA LIDAH!!!

Pada pendapat saya, sikap yang paling penting sekali buat masa ini adalah MENJAGA LIDAH. Dari lidah terbit segala-galanya. Kemanisan dan kepahitan. Kita tidak mempertikaikan andainya yang terbit itu adalah kemanisan. Tetapi kita mempertikaikan andainya yang terbit itu adalah kepahitan. DAN KEPAHITAN ADAKALANYA MENGAMBIL TEMPOH YANG LAMA UNTUK DIMANISKAN SEPERTI SEDIA KALA.

Sikap inilah yang amat penting (MENJAGA LIDAH)khususnya para pendakwah yang berada dalam arena politik tanah air. Untuk makluman kita  semua, setiap orang Islam adalah pendakwah!!! Pengalaman saya melihat dan anda semua melihat sendiri dengan mata zahir dan batin  bahawa di arena politik, beberapa PERADABAN yang dianjurkan oleh Islam seolah-olah terlepas kebelakang. Masing-masing ingin menegakkan kebenaran 'pasukan' sendiri hinggalah terlupa peradaban Islam. BURUK SANGKA, MENGUMPAT, MERENDAH- RENDAHKAN SESEORANG, MEMFITNAH DAN LAIN-LAIN SIFAT MAZMUMAH  BERLELUASA DALAM ARENA POLITIK. Sedar atau tidak ahli keluarga, sanak saudara, kawan-kawan,teman rapat dan sebagainya yang kita amat kenali  telah melakukan perbuatan yang menyalahi peradaban yang dianjurkan Islam. Tetapi, apakah peranan sebenar kita menangani/mengambil berat masalah umat ini?
 
Saudara kita Rizal telah menyebut:
"Tanggungjawab minimum untuk tidak mencederakan saudara kita dengan tangan dan lidah bukan hanya untuk saudara semazhab, sealiran, sekumpulan dengan kita tetapi adalah untuk semua yang tergolong di dalam keluarga besar umat Islam."

Benarlah kata-kata saudara Rizal di atas. Yang haram tetap haram. Kalau mengumpat, mencaci, menghina, memfitnah itu dikatakan boleh/harus dalam arena politik maksudnya sesiapa yang terlibat(berkata tersebut) masih tidak memahami Agama Islam yang sebenar! Atau sudah faham tapi buat tidak tahu!!! Atau memandai-mandai mengatakan dia tahu hukum-hakam itu ini!!! Ini adalah salah satu masalah yang amat besar dalam masyarakat kita sekarang. Iaitu apabila yang tidak tahu hukum hakam dengan rasa bongkak dan sombong berani melanggar peradaban Islam yang suci lagi murni... Allah menyuruh kita bertanya kepada yang arif/alim/ilmuwan dan lain-lain istilah sekiranya kita tidak tahu akan sesuatu perkara. Adakah bertanya kepada seseorang itu melambangkan kita ini bodoh? Orang yang bodoh adalah orang yang mengaku dia sudah pandai!!! Bertanya adalah salah satu cabang ilmu. Mengatakan tidak tahu itu juga adalah salah satu cabang ilmu. Oleh itu jangan memandai-mandai mengatakan kita tahu itu ini sedangkan HATI kita mengetahui akan hakikat kelemahan dan kekurangan diri.

Semua umat Islam MESTI ingat bahawa Allah yang mengawal kita. Allah adalah tuan kita dan kita adalah hamba kepadanya. Jangan kita memandai-mandai naik kepala TUAN! Jangat ingat bahawa apa yang kita buat, tiada yang salah. Terpelihara segala-galanya.
 
Di sini dilampirkan sebuah cerita berkaitan tentang 'menjaga lidah'. Pada satu ketika, ada sekumpulan pendakwah Ikhwan Muslimun sedang berbual-bual. Tiba-tiba salah seorang dari mereka menyebut sesuatu yang memburukkan sahabat mereka. Maka seorang rakannya berkata: "wahai sahabatku, pernahkah engkau berperang di medan jihad(sekian) dan (sekian) ". Jawabnya: "Belum ". Tanyanya lagi: "Pernahkah pula engkau berperang di medan jihad (sekian) dan (sekian)". Jawabnya lagi: "Belum". Maka kata rakannya lagi: "wahai sahabatku, engkau belum pernah pun melukai seorang kafir, tetapi engkau telah pun melukai seorang muslim".

Dan Imam Malik Rahimahullah telah berkata mafhumnya : "Manusia ini tidak ma'sum(tidak terpelihara dari buat kesalahan)kecuali para Rasul dan Nabi. Setiap percakapan/kalam manusia diambil dan ditinggalkan melainkan penghuni kubur ini(Nabi Muhammad s.a.w)" - ketika itu beliau(Imam Malik) sedang mengajar di dalam Masjid Nabawi, Madinah Al Munawwarah.

Akhir kata, marilah sama-sama kita berusaha memperbaiki kelemahan dan kekurangan masyarakat yang bermacam-macam tabiat ini. Memperbaiki dengan "berhikmah" dan bukan dengan "bermegah" !!!!!

Yang benar dari Allah, yang kurang itu dari kelemahan saya .
 
 
 

*** asal artikel ini adalah rentetan ulasan saya terhadap emel dari kawan saya Rizal.