Kita
pulang dari pejabat terus ke rumah dengan niat nak mandi sebentar, sembahyang
'asar' kemudian pegang raket badminton terus ke gimnasium beriadhah dengan
sahabat-sahabat untuk memenuhi tuntutan jasmani kita. Tetapi setibanya
di rumah, belum sempat kita berbuat apa-apa, isteri kita sudah minta tolong
belikan itu dan ini dan macam-macam lagi. Disebabkan sudah berjanji dengan
sahabat untuk tepat sampai ke gimnasium jam 5.30 petang kerana sewa gimnasium
bermula jam 5.30 dan juga kenalah menjaga imej sebagai seorang yang amat
menepati masa, maka kita terus sahaja memberikan alasan untuk tidak mahu
pergi ke kedai beli barang dengan berkata:
"Eishh!, takkan benda-benda kecil itu pun abang belikan,
pergilah beli sendiri atau suruhlah Kak Long itu beli, bukan jauh pun kedai
itu..."
Kita mula berleter dengan harapan pandangan kita tadi
diterima dengan hati yang terbuka. Tetapi belum sempat kita menarik nafas
untuk meletakkan "full stop" komen kita tadi, meletup isteri kita menyembur
seperti 'machine-gun' kata-kata kecewa kerana kita tidak mahu menolong
dia. Keluarlah macam-macam peristiwa silam yang dulu-dulu itu( kesilapan-kesilapan
kita tak mahu tolong dia). Sampai ke peringkat dia berkata:
"YAH(nama
yang digunakan oleh isteri)..., TAK MAHU LAGI
MASAK UNTUK ABANG, ABANG NAK MAKAN KUIH SEDAP-SEDAP, PERGI BELI SENDIRI...
YAH FED-UP DENGAN ABANG!.."
Sambil dia masuk ke dalam bilik tidur, menghempas pintu
"Begedegum!" terus membenam(merendahkan diri/menghumbankan diri) dalam
tilam nostalgia kita itu. Kita pun terpinga-pinga(tercengang/perasaan kehairanan)
dibuatnya. Apa salah aku. Takkan sebab tidak mahu ke kedai dah merajuk
tidak mahu masak untuk kita!.. Pening kepala. Lagi pening kalau anak-anak
juga terpinga-pinga di belakang tirai pintu bilik masing-masing melihat
lakonan "heavy drama" ayah dan ibu mereka ni.
Kita mula naik(makin/bertambah) geram, hendak ditinggalkan
terus bermain badminton, rasa pula tidak boleh hendak menumpu(kosentrasi)
kepada permainan. Nak menunggu hingga isteri tu reda(tenang), entah bila
pula merajuknya tu reda. Biasanya sampai 2-3 hari, malah kadang-kadang
mencecah (sampai)hingga seminggu baru dia mengorat(memikat) kita semula.
Kita pun telefon sahabat minta excuse(mintak maaf). Duduklah kita di rumah
itu membereskan kerja-kerja yang isteri kita tinggalkan tadi. Itupun kot-kotlah(mungkin)
ada suami-suami yang nak buat.
Apa silapnya kita? Apa yang mesti kita buat?
1. Pertama sekali, kita mesti terus mengingatkan nasihat dari Allah dalam Surah An-Nisa' ayat: 19, yang bermaksud:
" ...... Dan bergaullah kamu
dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian
jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya) janganlah
kamu terburu-buru (menceraikannya), kerana boleh jadi kamu benci sesuatu,
sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang
banyak (untuk kamu)."
Adalah hikmahnya pada hari itu yang Allah takdirkan berlakunya
merajuk oleh isteri kita tu. Kita tidak mampu menjangkau ilmuNYA. Kemungkinan
jika isteri itu tidak merajuk, maka kita terus ke gimnasium dan di sana
mungkin kita terkena bala atau musibah yang kita sendiri tidak mampu memikulnya.
2. Sebaik-baiknya,
kita biarkan dia melepaskan rajuknya itu mengikut kepuasannya.
Biasanya mereka lebih sabar dari kita. Banyak perkara-perkara yang menyinggung
hatinya(terasa hati) yang kita buat sebelum ini, mereka tidak marah. Mereka
mengalah dan simpan. Kita pula jenis yang tidak sedar kesilapan yang kita
telah buat. Malah ada dikalangan kita yang tiada perasaan pun. Isteri kita
itu sabar dan menyimpan semua peristiwa-peristiwa itu dalam "hardisk" mereka.
Tetapi apabila hardisk itu dah penuh, maka masanya akan tiba juga untuk
depa(mereka) semburkan(lepaskan/keluarkan) kesemua 'files' kepada kita.
Proses semburan ni pun tidak lama. Paling tinggi 10 minit. Lepas tu depa
akan berlari masuk ke dalam bilik dan membasahi bantal(menangis) dan tidak
mahu bercakap dengan kita. Dari sudut fisiologinya, depa sudah "lega"(puas)
lah tu.
3. Kita
pula mestilah mengalah sikit. Jika merajuknya itu berpunca dari
kes yang berat-berat, maka tunggulah besok barulah kita cuba-cuba pujuk
dia. Jangan malam itu juga cuba mahu pujuk, nanti tidak pasal-pasal(tidak
semena-mena) kena 'sesiku sulongnya' di dagu kita(kena pukulan isteri).
Biarkan besok barulah cuba-cuba. Jika tidak menjadi, cuba lagi dengan strategi
lain. Tetapi jangan putus asa. Dan jangan pula ego tidak mahu pujuk dia.
4. Bila
isteri kita itu sudah mula kelihatan hendak "mengorat/tackle" kita kembali,
maka cuba kita jadikan ia sesuatu yang positif. Dia akan segan-segan
silu(malu) meminta sesuatu dari kita. Kadang-kadang dia menggunakan anak
kita sebagai posman. Inilah masa yang amat indah bagi pasangan yang sudah
berkahwin bertahun-tahun. Peristiwa isteri mula nak mengorat selepas merajuk
ni, laksana kita mula-mula bercinta dulu. Rasa cinta akan menyegar kembali.
Senyum-senyumlah padanya jika dia mula hendak mengorak/memberi senyum.
Sentuh-sentuhlah dia apabila dia buat-buat(sengaja) terlanggar kita. Lupakan
kata-kata kesatnya 2-3 hari yang lepas semasa dia "tidak siuman" itu. Lafazkan
kata cinta padanya.
5. Tapi
awas ya, jangan biarkan lama sangat rajuknya itu. Jangka waktu
seminggu adalah paling maksimum. Selepas dari itu, kita kena rujuk Surah
An-Nisa' ayat 34, untuk tindakan kita selanjutnya:
Selamat menantikan isteri merajuk...
*** Susun semula berdasarkan artikel asal(emel) yang dihantar ke MSM-mailing list oleh saudara:-
"From:
Aris@ctoc.po.my
Subject:
[MSM-Net] Bila isteri merajuk"