Abu Muhammad berkata lagi:" Sesungguhnya aku telah melihat di Hims Al Andalus (Sepanyol), seorang wanita telah melahirkan:-

Kali Pertama (melahirkan anak)-seorang anak

Kali Kedua       - 2 anak

Kali Ketiga       - 3 anak

Kali Keempat   - 4 anak

Kali Kelima      - 5 anak

Kali Keenam    - 6 anak

Kali Ketujuh     - 7 anak

JUMLAH:-       28 Anak
 

7 orang anak dalam 1 perut dan bilangan anak mengikut bilangan beranak/kelahiran !!!
Subhanallah……

Masyhurlah kisah wanita ini di segenap pelusuk Andalus (Sepanyol). Dan Abu Muhammad ini
seorang soleh dan terdiri dari kalangan Pemerintah-pemerintah Al Murobitin. ]

Kalau mengikut cerita di atas, bermakna wanita tersebut telah melahirkan 28 orang anak dalam 7 perut (7 kali beranak/ kelahiran). Sesungguhnya perkara tersebut adalah dari perkara-perkara yang ajaib! Akan tetapi kita mesti ingat peringatan Firman Allah s.w.t. dalam ayat 49 Surah Asy-Syura yang bermaksud:

" Bagi Allah, kerajaan di langit dan di bumi.
Allah menjadikan/menciptakan apa yang Allah
kehendaki "

Kedapatan juga di dalam buku Ibn.Saad "Thobaqat Al-Kubra ketika Ibn Saad menerangkan
peribadi Muhammad bin Sirin -seorang faqeh, muhaddis dari kalangan tabien (lahir 33 H dan
mati 110 H) dan antaranya disebutkan :" Bakar bin Muhammad telah memberitahu kami: "
Muhammad bin Sirin dianugerahkan Allah dengan 30 orang anak lelaki dari seorang isteri. Tidak ada seorang pun dari anaknya yang ramai tersebut itu hidup kecuali Abdullah". Manakala Al-Qadhi Ibn Kholikan di dalam bukunya "Al-Wafayat " ketika menerangkan peribadi Muhammad bin Sirin antaranya beliau berkata:" Dianugerahkan kepadanya 30 orang anak lelaki dan 11 orang anak perempuan dari seorang isteri. Namun, hanya Abdullah sahaja yang masih hidup dari jumlah yang banyak itu (41 orang anak dan hanya seorang sahaja yang hidup). Subhanallah……….
 

TAMAT.