Make your own free website on Tripod.com

 

 

Permasalahan Kesembilan:

Luqman menyuruh anaknya berbuat yang ma'ruf / kebaikan dan mencegah kemungkaran .Ini menunjukkan kepada kita bahawa arahan supaya menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dari 'tugasan' yang terkandung di dalam seruan Ilahi kepada Agama Islam semenjak dahulu lagi…

Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:

"Suruhlah mengerjakan yang baik,cegahlah perbuatan yang buruk"

Permasalahan Kesepuluh:

Luqman menasihatkan anaknya agar bersabar di atas segala perkara yang dibenci yang menimpa diri samada musibah itu datang dari Ilahi menguji diri,harta , suami isteri dan anak-anak .Atau musibah ini berpunca dari bertembungnya dengan masyarakat yang membenci pendakwah (pendakwah bersifat pembawa hidayat,pemberi ingatan ,pembaik pulih dan pelindung) pabila menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran dan apabila pendakwah mengajak manusia kepada Agama Allah iaitu Islam serta lain-lain bidang atau cabang-cabang kebaikan.

Dimulakan wasiat dengan arahan solat / bersembahyang dan ditamat dengan arahan supaya bersabar. Mengapa ? Kerana solat tiang agama dan sabar merupakan asas kekalnya ketaatan sepanjang masa.

Secara jelas dapat difahami ,bahawa sabar menahan musibah ini tergolong di dalam 'perkara yang berhajat kepada kehendak yang kuat dari tahap keazaman'.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan berhati teguhlah menghadapi apa yang menimpa engkau ; sesungguhnya (sikap) yang demikian itu masuk perintah yang sungguh-sungguh"

Permasalahan Kesebelas:

Luqman menasihati anaknya agar jangan takabbur dengan apa-apa pergerakan sekalipun yang menunjukkan kesombongaan dan ketinggian diri di depan manusia.

Luqman bepesan agar jangan memaling muka apabila bercakap dengan manusia kerna ia menunjukkan sifat takabbur dan menghina(merendah-rendahkan seseorang). Jangan takabbur dan merendah-rendahkan seseorang.Jangan memaling muka,membantah atau membangkang tanpa usul periksa .Akan tetapi sentiasalah tawadhuk(merendahkan diri) ,berlembut, ,manis bicara,senang diajak berbicara,seronok diajak berbicara,riak muka yang gembira,seronok ,ramah dan menjadi pendengar yang baik.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud:

"Janganlah engkau memalingkan muka engkau dari manusia kerana kesombongan"