Make your own free website on Tripod.com


 Wasiat turut memainkan peranan yang penting di dalam berdakwah.'Bapa' memikul tugas yang amat berat untuk memelihara kebahagiaan keluarga yang terdiri dari isteri dan anak-anak.Kita telah dihidangkan oleh Al Quran bagaimana Luqman al-Hakim mendidik anaknya.Dan sebagaimana yang dimaklumi sebuah surah khusus di dalam Al Quran diberi nama dengan nama Surah Luqman.

Ramai di kalangan umat Islam tidak mengetahui bahawa 'wasiat' yang diberikan oleh Luqman kepada anaknya itu merupakan salah satu 'teknik' di dalam berdakwah.Sekiranya teknik ini diamati lalu dipraktikkan di dalam kehidupan seharian,nescaya anak-anak akan lahir sebagai muslim yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Bertuahlah sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak seperti mereka.Mempunyai generasi yang diibaratkan umpama purnama yang menerangi kegelapan malam.Ayuh ! Wahai ayah dan ibu,wasiatkan kepada anak-anakmu sepertimana wasiat yang diajar oleh Luqman al-Hakim!!!

Dr.Wahbah Az-Zuhaili telah berkata di dalam bukunya 'Tafsir Munir':

"Al Baidhawi telah berkata bahawa nama Luqman sebenarnya ialah Luqman bin Ba'ura.Beliau bukannya nabi tetapi jumhur mengatakan bahawa beliau seorang yang bijaksana.Diberikan kepadanya Al Hikmah iaitu kelebihan pada aqalnya,cerdik dan perkataan atau kalam yang dikeluarkannya memberi kesan kepada manusia.Nama sebenar anaknya ialah (mengikut As-Suhaili) An'am atau Asykam atau Matan atau Tharan"

Abd.Rahman Hassan Al Maidani berkata di dalam bukunya 'Fiqh Dakwah' bahawa di sana terdapat 14 jenis permasalahan yang dapat dipelajari melalui kisah Luqman mendidik anaknya melalui 'wasiat'.Oleh itu marilah sama-sama kita menilai wasiat tersebut yang mengandungi14 permasalahan penting buat umat Islam selepas ini.

U/P :

  1. Tulisan berikut selepas ini berdasarkan terjemahan dan olahan melalui buku karangan Dr.Wahbah Az-Zuhaili dan Abd.Rahman Hassan Al-Maidani yang tersebut di atas.
  2. Untuk memudahkan anda,sila rujuk terjemahan/tafsir Al Quran bagi ayat 13-19 Surah Luqman.

Bersambung ke Siri 2