Makna Subhanallah(Maha Suci
Allah)...
Apabila saya bertanya Dr. (gelaran untuk pensyarah di universiti) Bahagian Feqah tentang apa makna "Subhanallah", maka Dr. itu mencadangkan kepada saya agar merujuk kepada 3 buku utama iaitu:-
1)Buku Tafsir Ibn.Katsir oleh Ibn Katsir
2)Buku Tafsir Jami' Ahkam Al-Quran oleh Imam
Al-Qurtubi
3)Buku Tafsir Fi Zilal Al-Quran oleh Syed
Qutb
Maka saya sudah merujuk 3 buku itu. Di sini, saya ingin menceritakan kepada anda apa yang saya fahami selepas saya merujuk dan membaca 3 buku itu. Dr. itu menasihatkan saya agar merujuk ayat pertama Surah Al-Israk yang bermula dengan lafaz "subhana allazi...". Saya berharap anda dapat membuka AlQuran, Surah Al-Israk dan melihat ayat pertama itu serta meneliti maknanya. Maka, saya telah membuka 3 buah buku tadi dan mencari apa tafsirannya pada ayat pertama surah Al-Israk dalam 3 buah buku itu. 3 buah buku yang saya sebut di atas tadi adalah buku tafsir ayat suci AlQuran. Setiap buku itu mempunyai perbezaan dan persamaan tafsirannya. Saya akan menerangkan kepada anda sebentar lagi.
Saya juga telah bertanya Dr.(gelaran untuk pensyarah di universiti)Bahasa Arab, katanya: "subhana Allah" itu maknanya Attanzih/attaqdis/attathir. Apakah makna semua perkataan tadi? Saya akan terangkan. "Subhana"= Attanzih min al u'yub iaitu kesucian kemuliaan Allah yang suci dari segala perkara-perkara yang mendatangkan aib(cacat/cela)bagi Allah.
Sekarang saya ingin membawa anda kepada 3 buku tafsir tadi.
1) Pertama Buku Tafsir Ibn Katsir:-
Untuk makluman anda, saya tidak melihat buku ini tetapi saya melihat buku lain ringkasan kepada buku ini. Namanya(terjemahan) Ringkasan Tafsir Ibn Katsir. Maafkan saya. Kata pengarang buku ini: "Subhanallah" itu adalah Allah memuliakan diri Allah sendiri dan Allah membanggakan kekuatan diri Allah kerana tidak ada pihak lain yang berkuasa selain dari Allah yang maha Esa. Tidak ada Tuhan selain Allah dan tidak ada Pemelihara Bumi selain Allah sahaja.
2) Kedua Buku tafsir Jami'Ahkam Al Quran:-
Pengarang buku ini menyebut akan makna "subhana" bermakna attanzih
dan al-baraah. Maknanya, Allah mulia dan suci serta bebas dari segala kekurangan.
Maka sebutan lafaz "subhana" itu lafaz yang paling mulia paling besar untuk
Allah sahaja dan tidal layak atau sesuai untuk pihak lain. Ada juga disebut
dalam buku ini bahawa ada seorang sahabat Rasulallah saw. telah bertanya
kepada Rasulallah saw. apa makna "subhanalah". Sekarang saya akan membawa
"riwayat hadis" itu. Diriwayatkan dari Tolhah bin
Ubaidillah Al-Fayyaadh bahawa dia (Tolhah) telah bertanya Rasulallah
saw. Apa makna "subhanallah? ". Maka Rasulalllah saw pon menjawab:
" tanzih(kesucian/kemuliaan) bagi Allah dari
segala keburukan( kecacatan dan kehinaan)."
3) Ketiga Buku Tafsir Fi Zilal AlQuran:-
Pengarang buku ini berkata ayat pertama ini dimulakan dengan lafaz
"subhana". Lafaz 'subhana'yang bermakna Maha Suci Allah adalah lafaz yang
paling layak, tepat dan sesuai bagi mukjizat "Al-Israk" yang diturunkan
oleh Allah kepada Nabi Muhammad saw. Apabila kita membaca ayat "subhana",
maka lafaz ini adalah lafaz yang paling tepat, layak dan sesuai bagi gerakan
jiwa dan diri kita sambil kita menghayati dan merenung malam Al-Israk yang
mulia itu. Lafaz ini juga adalah lafaz yang paling tepat, layak dan sesuai
sebagai lafaz di antara hamba dengan Tuhannya iaitu Allah.
Itu sahaja yang saya fahami dari 3 buku itu. Diharapkan kamu boleh merujuk kembali buku-buku tersebut.
Kamu telah mengatakan kepada saya bahwa ada orang berkata makna "subhanallah" itu "bergerak". Jika mengikut apa yang saya terangkan kepada kamu ini subhanallah tidak bermakna "bergerak". Itu makna yang salah!!!. Cuma, pada pendapat saya lah, orang yang berkata maknanya "bergerak" itu, dia juga merujuk kepada ayat pertama Al-Israk itu. Dia faham bahawa lafaz "asra bi'abdihi" iaitu lafaz selepas "subhana allazi asra bi'abdihi" itu maknanya Allah yang menggerakkan Nabi Muhammad berjalan pada waktu malam. Allah yang menjalankan Rasulallah saw pada waktu malam.
Saya fikir orang itu beranggapan begitu. Dia fikir lafaz "subhana" itu maknanya "bergerak" sedangkan yang bergerak ialah Nabi Muhammad saw. pada lafaz "asra bi'abdihi" dan bukan pada lafaz "subhana". Cuba lihat makna tiap ayat beikut:-
1) "asra bi'abdihi= Allah yang menjalankan/menggerakkan
hambanya(Nabi Muhammad s.a.w)"
2) "subhana= Maha Suci Allah" Lihat!
LIhat! Terdapat perbezaan makna di situ. Saya harap kamu faham apa yang saya terangkan kepada kamu ini.
*** asal artikel
ini adalah menjawab soalan kawan saya tentang makna "subhanallah". Oleh
itu apabila anda sekelian melihat perenggan akhir itu, maka anda akan bertanya
kenapa saya cakap begitu. Untuk makluman anda, itu adalah jawapan kepada
soalan kawan kita bahawa ada orang yang memberitahunya bahwa makna subhanallah
adalah "bergerak". Saya mengatakan bahawa sepanjang apa yang saya baca
3 buku tadi, saya tidak bertemu dengan makna "bergerak" tetapi makna subhanallah
adalah Maha Suci Alah yang mulia, terpuji, berkuasa dari makhluk dan bebas
dari segala kekurangan dan kecacatan.