Halal dan Haram di dalam Islam...
 

Untuk makluman anda, saya merujuk buku Halal dan Haram di dalam Islam oleh Dr. Yusof AlQardawi. Saya harap anda dapat merujuk buku tersebut untuk kepastian.

Halal:
Perkara yang diharuskan oleh Syarak dan perkara tersebut adalah bebas dari bahaya dan diizinkan oleh syarak untuk dilaksanakan.

Haram:
Perkara yang dilarang oleh syarak dengan sebenar-benar larangan. Bagi yang melanggari apa yang diharamkan ini akan mendapat azab di akhirat dan kemungkinan akan mendapat hukuman syarak di dunia lagi.

Harus:
Perkara yang dibenci syarak tetapi syarak tidak berkeras di dalam larangan ini. Ia adalah lebih ringan dari perkara haram. Orang yang melakukan perkara makruh tidak menerima hukuman seperti orang yang membuat perkara haram. Kecualilah,orang itu berterusan dan tidak memperdulikan(meringan-ringankan)akan perkara makruh itu. Maka dengan itu akan membawa pelaku "makruh' itu kepada HARAM.

Syubahat:
Perkara-perkara yang samar-samar di antara halal dan haram. Yang mana perkara itu boleh jadi halal atau boleh jadi haram.
 

Contoh-contoh kepada perkara-perkara yang diterangkan di atas:

Halal dan haram:

1) Dalam kehidupan seharian seperti-
Dalam hal makan minum, pakaian dan perhiasan, di dalam rumah, di dalam mencari rezki dan kerja.

2) Dalam "perkahwinan" dan kekeluargaan seperti-
Dalam hal naluri/tabiat, dalam perkahwinan, dalam hubungan di antara suami isteri, dalam hubungan di antara ibubapa dan anak-anak.

3) Dalam kehidupan bermasyarakat seperti-
Dalam hal dalam kepercayaan dan ikutan, dalam pergaulan, dalam keseronokan dan kesenangan, dalam hubungan kemasyarakatan, dalam hubungan di antara muslim dan bukan muslim.
 

Syubahat:
1) Makanan di dalam tin yang diimport.
Walaupun berlogo halal, tetapi kita masih samar-samar dalam menentukan sama ada ia halal atau haram kerana ditakuti makanan itu bercampur dengan bahan-bahan yang diharamkan syarak seperti yang datang dari anjing dan babi, haiwan-haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih dan lain-lain.

2) Kedai KFC(Kentucky Fried Chicken) yang dimiliki oleh orang kafir. Jadi, ayam di kedai KFC itu kemungkinan tidak disembelih mengikut syarak. Maka ini diiktibarkan oleh syarak sebagai syubahat yang perlu kita hindari kecuali kita sudah pastikan bahawa ayam itu disembelih dengan kehendak syarak.
 

*** Penerangan ini adalah amat ringkas. Untuk kepastian, sila rujuk lagi ilmuwan-ilmuwan dan alim-ulamak di kawasan anda berada.