Make your own free website on Tripod.com
Pembahagian Kedudukan Geografi Untuk Penganut-penganut Agama Sebelum Kedatangan Islam.
 

Agama-agama penduduk-penduduk muka bumi tika itu(sebelum kedatangan Islam) tidak dapat tidak tergolong di dalam 5 golongan yang telah disebutkan tadi. Kesemua 6 agama ini(termasuk Agama Islam)disebutkan di dalam "ayat al-fasl"(hukuman). Allah berfirman dalam ayat 17 surah Al Hajj yang maksudnya:

"Sesungguhnya orang-orang yang Beriman, orang-orang Yahudi, Sabiin, Nasrani(Kristian), Majusi dan Musyrikun (mempersekutukan Allah),sesungguhnya Allah akan memberikan keputusan(hukuman) antara mereka di Hari Qiamat. Sesungguhnya Allah itu menyaksikan segala sesuatu."

Dinamakan "ayat al-fasl"kerana di penghujung ayat di atas tadi kedapatan lafaz yang bermaksud"memberikan keputusan(hukuman)".

Kebanyakan 5 agama menyahut seruan dakwah(menganut Islam) Rasulallah s.a.w. dan khalifah-khalifah selepas baginda samada secara patuh ,tunduk dan taat atau membuat pilihan sendiri untuk menganut atau tidak. Islam tidak memaksa seseorang itu untuk menganuti agamanya akan tetapi Islam memerangi sesiapa yang memerangi Islam. Manakala sesiapa yang menerimanya dan membuat pakatan keamanan dengannya tidak akan diperangi. Agama Islam tidak memaksa seseorang untuk menganut Islam berpandukan arahan dan perintah dari Allah. Firman Allah dalam ayat 256 surah Al Baqarah yang bermaksud:

"Tidak ada paksaan dalam agama,(kerana) sesungguhnya telah jelas jalan yang benar dari jalan yang salah"

Kata 'nafi' di dalam ayat atas bermakna mencegah iaitu jangan kamu memaksa seseorang untuk menganut agama. Ayat ini diturunkan berkenaan beberapa orang lelaki dari kalangan Sahabat-sahabat Rasulallah s.a.w. (mereka ini mempunyai anak) ingin memaksa anak-anak mereka untuk menganut agama Islam. Para bapa ini telah menganut Islam, maka mereka juga ingin anak-anak mereka menganut Islam. Oleh sebab itu Allah mencegah mereka dari berbuat demikian sehinggalah anak-anak mereka sendiri yang membuat pilihan untuk menganut Agama Islam.

TAMAT.