Make your own free website on Tripod.com
Olahan dan Terjemahan:
Buku "Hidayatul Hayara Fi Ajwibati Al- Yahud Wa An-Nasara Oleh "Imam Ibn.Qayyim Al-Jauzyyah

Pembahagian Kedudukan Geografi Untuk Penganut-penganut Agama Sebelum Kedatangan Islam.
 

Sesungguhnya Allah telah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi rasul (membawa Agama Islam) kepada penghuni-penghuni bumi. Penghuni-penghuni bumi tika itu ialah mereka yang terdiri dari 5 golongan dan golongan inilah yang telah memenuhi taburan penduduk di bumi. Mereka itu ialah orang Yahudi, Nasrani, Majusi, Sobiun (Sobiah-tergolong di dalamnya 2 kumpulan yang menganut agama Yahudi Nasrani) dan Musyrikun. 5 golongan inilah yang menguasai dari Timur hinggalah ke Barat dunia tika itu.

Orang-orang Yahudi kebanyakannya tertumpu di kawasan Yaman, Khaibar, Madinah Al Munawwarah dan kawasan- kawasan sekitarnya. Mereka juga menghuni hujung Negara Syam dan dihina dan dikeji bersama orang-orang Nasrani. Sebahagian dari golongan ini juga menghuni bumi Parsi dan turut dihina dan dikeji bersama  orang-orang Majusi. Satu kumpulan dari golongan mereka juga menghuni Tanah Arab khususnya di Madinah Al Munawwarah dan kawasan sekitarnya.

Orang-orang Nasrani juga membanjiri pelusuk dunia. Mereka menguasai Negara Syam keseluruhannya. Manakala  Maghrib( sekarang Morocco) secara ghalibnya dikuasai Nasrani dan begitu juga Mesir, Habsyah, An-Nubah(terletak di Selatan Mesir), Jazirah(semoga penulis maksudkan satu kawasan di Syiria yang terletak di antara Dajlah dan Furat), Mosul, bumi Najran dan tempat-tempat lain lagi.

Orang-orang Majusi merupakan anggota masyarakat Kerajaan Parsi dan kawasan-kawasan yang berada di bawah jajahannya(Kerajaan Parsi).

Orang-orang Sobiun(Sobiah) merupakan anggota masyarakat negeri-negeri Rom dan bandar Harran. Harran merupakan sebuah bandar besar terletak di perjalanan Musil dan Negara Syam.

Orang-orang Musyrikun pula menghuni Tanah Arab keseluruhannya,negeri-negeri Hind(India), negeri-negeri Turk(Turki) dan kawasan-kawasan yang berjiran dengannya.