Mengambil Upah Atau Ganjaran Di Atas
Pengajaran Al-Quran.



Tajuk ini dibicarakan berdasarkan olahan dan terjemahan dari buku ‘Bagaimana cara kita berkomunikasi dengan Al-Quran’ oleh Dr. Yusof Al-Qardhawi. Sila rujuk buku ini untuk semakan dan kepastian.

Perbincangan ulamak di dalam hal ini terbahagi kepada 2 pendapat.

Pendapat pertama:-
Satu Jamaah (kumpulan) telah mengatakan HARUS seperti Sabda Rasullah saw. (maksudnya):
" Sesungguhnya kamu paling berhak mengambil upah ialah melalui Kitab Allah(Al-Quran) ". Sila rujuk Hadis Ibnu Abbas dalam Soheh Al Bukhari untuk semakan.

Pendapat kedua:-
Abu Lais berkata di dalam buku ‘Al Bustan’ bahawa sesungguhnya mengajar Al- Quran itu terbahagi kepada 3 bahagian:-

Bahagian pertama:-
Untuk ‘hisbah’atau sumbangan/ percuma/ sukarela sahaja(free) dan tidak diambil ke atasnya apa-apa gantian atau tukaran.

Bahagian kedua:-
Mengajar dengan mengambil upah.

Bahagian ketiga:-
Mengajar tanpa meletak sebarang syarat penerimaan upah tetapi apabila dihadiahkan sesuatu kepada guru, maka dia menerima hadiah tersebut.
 

Ulasan terhadap ketiga-tiga bahagian yang disebutkan di atas (pendapat kedua).
 

Bahagian pertama:-
Diberi pahala ke atas guru yang mengajar. Dan perlakuan tersebut adalah amalan para Nabi-nabi solawatullah ‘alahimussalam.

Bahagian kedua:-
Berlaku perselisihan pendapat di sini.

Dr. Yusof Al- Qardhawi berkata:

(1)  “ sahabat-sahabat kita yang terdahulu (mutaqoddimun) telah berkata: TIDAK HARUS atau HARAM berdasarkan sabda Rasullah saw. : “ Sampaikan dari aku walaupon 1 ayat ”.

(2)  “ satu jamaah (kumpulan) pada zaman kebelakangan ini (mutaakhhirin) telah berkata: HARUS dan LEBIH BAIK bagi seorang guru jangan sesekali meletakkan syarat bagi tujuan menghafaz dan mengajar penulisan.

Dr. Yusof Al- Qardhawi menambah lagi katanya : saya mengharapkan TIDAK MENGAPA wujudnya ‘perletakan syarat mengambil upah/ganjaran bagi mengajar Al Quran’. Ini kerana orang-orang Islam telah mewarisi perkara tersebut dan mereka berhajat kepadanya (upah atau ganjaran).

Bahagian Ketiga.
Pada pendapat mereka semua (tidak dapat dipastikan siapa mereka semua yang dimaksudkan oleh Dr. Yusof Al-Qardhawi dalam konteks ini) HARUS bagi guru untuk mengambil upah atau ganjaran kerana Rasulullah saw. adalah guru bagi sekalian makhluk dan Baginda saw. menerima hadiah.
 

Masalah ‘tilawah / pembacaan Ayat-ayat suci AlQuran.

Dr. Yusof Al-Qardhawi mengatakan bahawa TIDAK HARUS atau HARAM mengambil upah ke atas tilawah atau pembacaan Ayat-ayat suci Al-Quran. Ini kerana asalnya tilawah ini adalah ‘ibadah’. Tetapi apabila diberi kepada pembaca Al-Quran (qari / qariah) sesuatu sebagai sedekah atau hibah(sumbangan) maka tidak wujud sebarang kesusahan atau masalah untuk menerima pemberian tersebut.