Sebagai pendakwah mesti mempunyai ciri "panjang akal" dan "ketajaman otak". Ciri ini hampir pupus dari pendakwah. Para pendakwah mesti menyedari bahawa ciri tersebut diibaratkan sebagai permata di dalam genggaman. Jangan biarkan ia hilang terutamanya apabila berhadapan dengan orang-orang Kafir!!!PERMATA YANG HILANG
Peluang keemasan pada kali ini digunakan untuk menelusuri(mengikuti) sirah Imam Al-Baqillani. Beliau merupakan "duta" Kerajaan Al-Buwaih telah dihantar ke Kostantinopal (sekarang Istanbul ) untuk berjumpa Maharaja Rom. Dianggap sebagai "jurucakap agama" atau lebih tepat "pendakwah" yang akan mendedahkan hakikat Agama Islam dan mendedahkan segala kebatilan dan kecacatan Agama Nasrani. Perbualan berikut akan memaparkan "ketajaman otak" dan "panjang akal" Imam Al-Baqillani mematahkan hujah-hujah Maharaja Rom.
u/p: MR
==
Maharaja Rom
IB ==
Imam Baqillani
MR: Kamu meyakini bahawa peristiwa "bulan terbelah" merupakan satu daripada siri mukjizat Nabi Muhammmad s.a.w. Apa pendapat kamu?
IB: Ya, benar peristiwa itu! Sesungguhnya "bulan terbelah" berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. sehingga dapat dilihat oleh umat manusia yang hadir.
MR: Bagaimana kamu ingin membuktikan "bulan terbelah", sedangkan sebilangan besar manusia di luar negara kamu tidak melihatnya?
IB : Mereka tidak dapat melihatnya kerana "tiada persediaan"dan "perjanjian" tentang "bulan terbelah" sehingga menyebabkan mereka bergegas pergi untuk melihat peristiwa tersebut.
MR: Adakah kamu dan "bulan" itu mempunyai ikatan persaudaraan yang rapat?(nada menyindir/perli/sinis). Kerana ramai manusia dan masyarakat Rom tidak mengetahui peristiwa "bulan terbelah" sedangkan kamu sahaja yang melihatnya. Malahan,"bulan" di langit dan ia(bulan) bukan khusus untuk kamu!!!
IB
: Adakah kamu dan "hidangan" yang diturunkan
oleh Allah kepada Nabi Isa dari langit(hasil permintaan Al-Hawaryyun) mempunyai
ikatan persaudaraan yang rapat? Kamu sahaja yang melihatnya tanpa golongan
Yahudi, Majusi, Al-Barahimah dan Ahlul Ilhad. Bahkan, jiran kamu Yunan
juga tidak melihatnya. Mereka semua mengengkari dan tidak mempercayai peristiwa
yang berlaku kepada kamu. Adakah kamu sahaja yang melihatnya tanpa pihak
lain???
"Maharaja Rom" tidak menjawab soalan
tersebut bahkan perbualan tersebut terhenti di situ akibat kehairanan dengan
jawapan yang diterima dari "ketajaman otak" dan "panjang akal" Imam Al-Baqillani.
Kesimpulan
dari perbualan di atas, "ketajaman otak" dan "panjang akal" memang diperlukan
oleh semua Umat Islam yang tidak dapat lari dari amal "dakwah". Orang-orang
Kafir bijak berhujah dengan soalan-soalan yang bertujuan memberitahu bahawa
Agama Islam ini agama yang tidak bersifat 'global' dan 'universal'. Kebiasaannya
soalan-soalan tersebut 'menduga akal'. Oleh itu 'panjang akal" dan ketajaman
otak' merupakan senjata berbisa di medan ini.
Jangan biarkan "permata" ini hilang dari genggaman anda!!!
Rujukan: Buku Fiqh Dakwah
oleh Dr.Abd.Karim Zaidan