1.    Dianugerahkan Allah kepadanya 41 orang anak dan yang hidup hanya seorang.

2.    Seorang ibu mengandung 7 orang anak.
 

3.    Kembar siam sudah wujud sejak kurun ke 5 dan 6 Hijrah.


Ikutilah kisah ajaib yang diceritakan oleh Ulamak Islam...

 

Olahan dan Terjemah: Muka surat 30/31: [ Sofahat Min Sobri Al-Ulamak A'la Syadaid Al I'lmi Wa At-Tahsil ] Oleh: Abd.Fattah Abu Ghuddah
 

Pengarang buku ini telah mencatatkan suatu permata bernilai buat kita melalui nota kaki(footnote) dalam bukunya pada muka surat 30 dan 31. Beliau menceritakan kepada kita kisah-kisah ajaib yang berlaku terhadap manusia, di antaranya ialah mengenai "1 perut ibu, banyak anak" !!!

Perkara ini diceritakannya melalui buku Mu'jam As-Safar" oleh  Al-Hafiz Al-Muhaddis Al-Mu'ammar Abu Thohir As- Salafi(lahir 472 H dan meningggal 576 H). Dr.Ikhsan Abbas telah mengeluarkan / mengambil satu topik dari buku tersebut (Mu'jam As-Safar). Topik ini telah dicetak di Beirut pada tahun 1963 M. Ia bertajuk" Akhbar Wa Tarajum Andalusiah Mustakhrajah Min Mu'jam As-Safar Li As-Salafi". Dan dari buku Dr.Ikhsan Abbas inilah, pengarang Abd.Fattah Abu Ghuddah menceritakan kepada kita mengenai keajaiban "1 perut ibu, banyak anak" dan kisah-kisah lain.

Dr. Ikhsan Abbas menerangkan dalam topik yang dikeluarkannya / diambilnya dari buku "Mu'jam As Safar"pada muka surat 59, bahawa Al-Hafiz As-Salafi berkata:

[ Aku telah mendengar dari Abu Muhammad Abdullah Al-Waran Al-Lamtuni di Iskandariah, Mesir (As-Salafi bermuqim di Iskandariah pada waktu itu), beliau siqah dan benar, bahawa beliau (Abu Muhammad) telah berkata:" Aku telah mendengar dari saudara aku Al-Amir Abu Ya'kub Al-Waran Al-Lamtuni dan selain darinya dari kalangan Al- Murobitin yang siqoh, bahawa mereka telah berkata: "Dilahirkan dari bani Nurt –satu keluarga dari Mulassamin- 2 tubuh / jisim yang sempurna berkepala satu. Mereka hidup dalam beberapa waktu. Kemudian mati salah seorang dari keduanya dan seorang lagi jatuh sakit.Orang ramai ingin membuang bahagian tubuh saudara yang mati itu. Maka para fuqaha bermesyuarat dan mengatakan kepada orang ramai supaya bersabar buat beberapa hari. Tidak berapa lama selepas itu, matilah seorang lagi."

Abu Muhammad berkata: "Dilahirkan di Andalus(Sepanyol) pada hari kita ini bayi berkepala 2. Ibn Ghallab As Susi ada pada ketika itu dan dia berkata: "Maklumat sampai kepada kami mengatakaan bahawa dilahirkan di Maghrib(Morocco) bayi berkepala 1 bermuka 2".